Assalammualaikum,Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsikan lagi dengan sahabat2 mengenai perkara2 yang baru.
Alhamdulillah,untuk makluman ana telah pun bertugas atau pun bekerja kerana Allah di Radio HalaqahFM,Radio Tarbiah anda. bolehlah klik link www.halaqahfm.com untuk mendengarkan
Sepanjang ana bertugas sebagai dj/penyampai di Radio HalaqahFM,banyak benda yang ana telah pelajari dan juga ana telah berkenalan dengan dj2 yang lain juga.banyak juga program2 yang telah dianjurkan oleh Pihak HalaqahFM dan yang terbaru adalah lawatan amal kasih bersama anak2 yatim dan juga fakir miskin yang akan diadakan pada 24 november ni.
Jadi kepada pembaca2,teruskanlah menyokong Radio HalaqahFM sebagai Radio Tarbiah anda..InsyaAllah,setiap perkara yang kita lakukan..ada balasaNya.
Lama juga tak update sebenarnya blog ni..hehe....Alhamdulillah,dapat juga update baru.
Monday, November 19, 2012
HalaqahFM
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 10:30 AM 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
CINTA DUNIA VS CINTA AKHIRAT
CINTA DUNIA...
Al-Imam Hasan al-Basri r.hm. berkata: “tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)
Al-imam sufyan al-tsauri r.hm. berkata: “telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memnuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi.”
Beliau berkata lagi : “sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia.” (Mawa’izh al-imam sufyan al-tsauri, hal 120)
Sifat orang cinta dunia
1. Tamak terhadap sesuatu
2. Tidak memberi peluang kepada orang lain
3. Suka salahkan orang apabila gagal
4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
5. Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat
6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran
Cinta akhirat
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki keuntungandi akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah al-Syura 42:20)
Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya dan hanya kepadanya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Surah al-Mulk 67:15)
Untung cinta akhirat
1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya.
2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia lain.
3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
4. Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan lewat satu haripun melainkan dia akan kembali
Orang yang ingat akhirat
1. Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat
2. Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga
3. Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga
4. Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka
5. Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala
6. Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitannya dengan akhirat
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 9:50 AM 0 comments
Labels: CINTA DUNIA VS CINTA AKHIRAT
MENGAPA AKU DIHIDUPKAN DI DUNIA INI
1. untuk sujud menyembah Allah Firman Allah, maksudnya "Pada hal mereka tidak diperintah melainkan supaya menyembahAllah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetapteguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" (Surah Al-Bayyinah 5 : 98) 2. untuk aku sebagai Khalifah di muka bumi ini Firman Allah, maksudnya "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnyayang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am 6 : 165) 3. untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan Firman Allah, maksudnya "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" (Surah Ali Imran 3 : 104) 4. Allah tidak jadikan aku sia-sia Firman Allah, maksudnya " Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun: 115)
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 9:38 AM 0 comments
Saturday, January 15, 2011
PESAN DARI IBU DAN AYAH
AYAH DAN IBU TERSAYANG(^_^)
Kerinduan pada seorang anak terhadap kedua-ibubapanya mesti ada apabila mereka berjauhan antara satu sama lain.....itulah yang berlaku terhadap setiap mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di IPT yang jauh dari tempat tinggal mereka.....
Kesedihan pada seorang anak terhadap kedua ibu-bapanya juga mesti ada kerana mereka berpisah kerana matlamat seorang anak yang soleh yang ingin menjadi seorang peguam syariah dan civil....namun kesedihan harus terpaksa disimpan sehingga terlalu lama....dan ia akan dilepaskan apabila kebahagiaan datang untuk merawat kesedihan itu......
Cuti sem dah nak dekat....pelajar-pelajar sudah mula beli tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing....excited sungguh pelajar2 ini kerana mereka ingin pulang dan berjumpa dengan keluarga dorang.....
Ayah dan ibu sudah pasti menanti kepulangan anak mereka di rumah...dan menyambut dengan kegembiran dan juga kesedihan...itulah 2 sifat yang selalu bermain di hati mereka.....mereka(ibubapa) berpisah dengan anak-anak bukan selama 3 hari,tetapi 3 tahun...
anak-anak sibuk belajar untuk peperiksaan,tetapi ibu dan juga ayah sibuk mendoakan kejayaan anak-anak mereka...mereka nak anak mereka berjaya pada suatu hari nanti.....mereka juga ingin anak-anak mereka jadi lebih baik dari ibubapa mereka sendiri...
-IBU DAN BAPA SELALU BERPESAN,"IBU DENGAN AYAH NI TAK DE APA NAK BAGI KAT KAMU SEMU(ANAK-ANAK),ILMU NI JELAH YANG AKAN BANTU KAMU UNTUK BERJAYA SUATU HARI NANTI,IBU NGAN AYAH NI XDE HARTA,JADI ILMU JELAH YANG DAPAT DIBERI KAT ANAK-ANAK....BELAJAR BETUL-BETUL.ESOK KALAU TAK BERJAYA,ORANG TAK PANDANG KAT KITA....ADA YANG XMENGAKU SAUDARA PUN,ADA YANG TAK MENGAKU KAWAN PUN,ADA YANG TAK MENGAKU SAUDARA PUN.......INGATLAH WAHAI ANAK-ANAK KU",PESAN IBU DAN AYAH
Jadi ingatlah wahai anak-anakku...berusahalah untuk berjaya bukan sahaja di dunia,tetapi di akhirat kelak...WaAllahualam....
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 6:26 PM 0 comments
Friday, January 14, 2011
DILEMA MAHASISWA MASA KINI
Dalam kesibukan menelaah buku bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang bakal dihadapi pada beberapa minggu lagi, saya sempat mengambil kesempatan untuk mengunyah beberapa artikel tulisan beberapa professor iaitu penulisan dari Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ialah Naib Canselor USM mengenai "Pendidikan: Mencari Kebenaran" dan penulisan daripada Professor A. Murad Merican, Pensyarah UTP mengenai "Universiti Kita Ketandusan Idea". Penulis berasa terpanggil untuk menulis artikel yang bertajuk "Dilemma Golongan Mahasiswa". Walaupun masih tertalu muda untuk mengasah pena, namun tidak salah rasanya untuk penulis memuntahkan pendapat bagi santapan golongan muda khususnya mahasiswa yang berfungsi sebagai serampang dua mata; Sebagai membuka minda masyarakat dan sekali gus mengeluarkan pendapat daripada terus dibiarkan menjadi perkasam dalam pemikiran. Mahasiswa seperti yang diketahui umum adalah panggilan orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di universiti atau perguruan tinggi. Mahasiswa Universiti tempatan kita rata-rata berusia 18 hingga 25 tahun. Mereka termasuk dalam kategori belia menurut Akta Pertubuhan Belia 2007 yang menyatakan bahawa Belia merupakan mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Di negara luar, mereka dilayan seperti orang dewasa yang lain. Akan tetapi belia akan kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh belia yang lain secara automatik sebaik sahaja mendaftakan diri sebagai mahasiswa. Antara hak-hak tersebut ialah melibatkan diri dalam parti politik. Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 yang berbunyi: 15(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Cabaran Mahasiswa Kini Pada masa ini, ramai orang menganggap golongan mahasiswa tidak mempunyai kepedulian politik dan isu semasa. Berbanding dengan mahasiswa zaman 1960-an dan 1970-an, memang mahasiswa pada hari ini nampak lebih akur dengan pihak berkuasa. Golongan mahasiswa kini turut menghadapi pelbagai cabaran yang rumit. Hal ini termasuklah sistem pendidikan kita yang caca merba; ekonomi upah rendah; polarisasi kaum; penolakan terhadap konsep berkhidmat untuk masyarakat; dan kekurangan pemimpin muda yang beribawa. Kemelut melanda demokrasi kita sejak 1980-an di samping cengkaman pemerintahan autoritarian telah menyebabkan ramai anak muda negara kita sinis, malah kecewa dengan politik. Berikutan kurangnya saluran sesuai untuk mereka menyuarakan pandangan mereka, menerusi undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti serta akta 174 melemahkan lagi golongan yang sepatutnya menjadi penggerak politik semula jadi. Itulah sebabnya mengapa mereka bersikap tidak kisah bermaharajalela. Lebih menyedihkan lagi ialah kekurangan pemimpin muda yang beribawa dan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda Malaysia. Masalah kepimpinan muda ini berpunca daripada kempimpinan pemuda parti politik yang sering menjadi alat bagi wang dan kuasa, bukannya platform aktivivisme tulen. Kurangnya kesedaran politik pula menghalang generasi muda menjadi suara dan kuasa dalam politik negara. Dengan cabaran-cabaran ini, kita boleh memahami mengapa ramai yang pesimis terhadap masa hadapan golongan mahasiswa kita. Tetapi, janganlah perkecilkan potensi mereka untuk membuat perubahan. Mari kita ungkap, mari kita singkap kembali sejarah perubahan yang telah dibawakan oleh mahasiswa. Dalam sejarah, mahasiswa dari pelbagai negara mempunyai peranan penting dalam sejarah sesuatu negara. Fakta kes pertama, mahasiswa di negara kita dalam menyertai demonstrasi Baling pada tahun 1974 dimana melibatkan ribuan mahasiswa berhimpun bagi menyertai demonstrasi tersebut. Pada Ketika itu satu gerakan pelajar telah menyatakan pandangan dan bantahan ke atas apa yang berlaku. Dalam sejarah, gerakan inilah merupakan gerakan terbesar dan perhimpunan ini dinamakan sebagai 'Perhimpunan Mahasiswa Raksasa'. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telahpun dirangka awal pada tahun 1971 tetapi peruntukan undang-undang dalam akta tersebut tidak cukup ketat bagi mengekang gerakan mahasiswa pada ketika itu dan ia merupakan salah satu alasan untuk meminda akta tersebut pada tahun 1975. Dalam sejarah Negara Indonesia pula, Mahasiswa telah mencatatkan sejarah dalam demonstrasi mendesak kepimpinan Presiden Soeharto untuk menurun tahta. Demonstrasi demi demonstrasi yang dianjurkan oleh mahasiswa dan penawanan bangunan parlimen akhirnya berjaya menumbangkan regim kuku besi Soeharto dan akhirnya pada 21 Mei 1998, Soeharto akhirnya tunduk kepada kehendak rakyat dengan perletakan kuasa selepas memerintah Republik Indonesia selama 32 tahun. Parti Rakyat Demokratik (PRD) yang ditubuhkan oleh mahasiswa dan anak muda tekah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Arwah Soeharto. PRD turut bertanding dalam pilihanraya 1999. Di negara yang terkenal dengan produk-produk seperti LG, Hyundai, samsung dan drama romantis oleh rakyat di negara kita iaitu Korea Selatan, Mahasiswa di negara tersebut juga memainkan peranan mereka dalam peristiwa di Gwangju pada 30 tahun yang lalu. Di ManaJeneral Chun Doo Hwan merampas tampuk kuasa melalui dan mengamalkan pemerintahan diktator. Kira-kira 100 orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Chonnam berarak menuju ke pintu pagar universiti tersebut yang di kepung oleh tentera. Mereka membantah tindakan tentera mengambil alih universiti tersebut. Peristiwa kebangkitan Gwangju menjadi inspirasi kepada pergerakan prodemokrasi di seluruh negara. Presiden Akhirnya Jeneral Chun Doo Hwan akhirnya terpaksa tunduk kepada Kebangkitan rakyat dan Presiden Roh Tae Woo mengambil alih tempat tersebut. Dalam melihat hal ini, penulis suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Genegration - The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada 'konflik generasi' atau Generational Conflict. Hal ini berpunca daripada perasaan benci atau menyampah 'Generasi Baru' kepada 'Generasi Lama', yang disifatkan tidak bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan serta kotor. Istilah 'Generasi di sini adalah sesuatu yang subjektif, dimana ia mungkin boleh merangkumi universiti, pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin masyarakat itu sendiri yang telah rosak peradabannya. Menghayati sejarah bererti bukan disimpan di dalam peti muzium untuk kenang-kenangan, tetapi sejarah adalah coretan untuk membina sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mahasiswa seharusnya berasa jelek dengan perkataan 'senyap'. Bersikap apologia dengan 'berdiam diri' dan 'berpeluk tubuh' melihat kecelakaan berlaku kepada umat. Kalau mahu diteruskan dengan sikap itu, jangan sama sekali mengambil amanah sebagai mahasiswa. Kekuatan kepimpinan negara masa hadapan adalah terletak ditangan generasi Mahasiswa pada hari ini. Jika Mahasiswa yang dihasilkan hanya bersifat 'Ayam Daging' yang bersedia disembelih pada bila-bila masa, pasti negara juga akan bersedia dilapah pada masa akan datang. Dalam aspek ini, penulis bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, Kepimpinan akan lahir daripada mahasiswa yang 'terpelajar' dan mencabar. Secara tuntasnya, Mahasiswa merupakan orang yang intelek dan mempunyai 'critical thinking' dalam memikirkan keadaan dan isu semasa kini. Dalam mendepani zaman, kita tidaklah seharusnya meninggalkan sejarah yang lalu di mamah usia. Kita unggkap kembali peranan mahasiswa dan golongan belia dalam proses pendemokrasian negara luar, proses menuntut keadilan sejagat dan juga keadilan sosial. Sememangnya penulis akui bahawa peranan mahasiswa amat penting bagi memacu negara kearah negara yang maju, moden dan berpendapatan tinggi. Penulis ingin memetik kata-kata Professor Doktor Yusuf Qardhawi, sarjana pemikir tersohor mengenai belia, "Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan,lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur "بَلْدَةٌُطَيِّبَةٌوَرَبٌّ غَفُوْرٌ", tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yangakan berlaku."Siapa Dia Mahasiswa?
Mahasiswa Dalam Lipatan Sejarah
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 2:35 AM 0 comments
Labels: DILEMA MAHASISWA MASA KINI
Saturday, January 8, 2011
DETIK-DETIK TERAKHR HIDUPKU UNTUK SAHABAT
Dengan kebesaran dan kekuasaan-Nya kita masih berada di sini…
Allah ar-Rahman, Ar-Rahiim, Al-Wadud…
Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu...
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku...
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu...
dan...
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...
Jika matamu masih berat untuk memandangku,
Maka ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku...
Jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku,
Maka relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku...
Jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu,
Maka senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku...
Pesanku sahabat,
" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengharapkan budimu sahabat."
" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."
Ingatlah kata-kataku ini...
" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini, tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi...
Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."
" Himpunkanlah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan cuma satu kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu..."
“Ku tahu aku bukan seistimewa itu di hatimu...
Bukan jua niatku untuk menjentik rasa sayang dan cinta kerana Allah di hatimu...
Jauh sekali untuk menitiskan mutiara berharga milik Allah yang cuma layak ditujukan buat-Nya...”
Cuma satu yang ku ingin hatimu tahu...
“Hati ini sayang, rindu, cinta kamu kerana-Nya yang Satu...
" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita..
Dan di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti...
Sungguh, ku menyayangimu wahai sahabat..."insyaALLAH...
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 8:03 AM 0 comments
HUKUM KANUN MELAKA
Posted by Mohd Sidiq Ad Din at 7:31 AM 0 comments
Labels: HUKUM KANUN MELAKA