Pra-Universiti SMK Desa Tun Hussein Onn
sepanjang aku berada di tingkatan 6,atau lebih gah dipanggil Pra-Universiti..banyak pengalaman,kenangan manis bersama-sama dengan kawan-kawan di pra-universiti.banyak perkara yang aku belajar semasa berada di form 6 ni.Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui sepanjang tahun 2010 dan sedar tidak sedar,dan nak berakhirnya tahun 2010.Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu namun kehidupan harus diteruskan.Memang tidak dapat dinafikan semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn selama enam tahun,banyak ilmu yang telah aku timba dari guru-guru.Guru-guru di SMKDTHO semuanya baik-baik.Mereka mengajar dengan penuh keiklasan.Aku sayang kat cikgu-cikgu tapi apakan daya,aku harus pergi menyambung pelajaran ku sebagai seorang mahasiswa.Aku dapat tawaran di Kolej Islam Pahang,Kuantan dan aku juga dapat bidang undang-undang dan syariah.Alhamdulillah,apa yang aku harapkan,dapat juga menjadi kenyataan.Tarikh daftar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(KIPSAS) ialah pada 29/11/2010 ni.Hurmm...aku akan rasa sedih sebab kehilangan kawa-kawan..xpelah,demi masa depan,perjuangan harus diteruskan.....Insyaallah,aku akan teruskan juga.......
Subscribe to:
Posts (Atom)