BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 8, 2011

DETIK-DETIK TERAKHR HIDUPKU UNTUK SAHABAT



bismillahirrahmanirrahiim....


Dengan kebesaran dan kekuasaan-Nya kita masih berada di sini…
Allah ar-Rahman, Ar-Rahiim, Al-Wadud…

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu...

Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku...

Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu...
dan...

Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...
Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu,
dan cuma di kesempatan ini yang ada...
Namun...


Jika matamu masih berat untuk memandangku,
Maka ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku...
Jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku,
Maka relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku...

Jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu,
Maka senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku...

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengharapkan budimu sahabat."
" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini...

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyayangi persahabatan ini, tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi...

Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."
" Himpunkanlah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan cuma satu kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu..."

“Ku tahu aku bukan seistimewa itu di hatimu...
Bukan jua niatku untuk menjentik rasa sayang dan cinta kerana Allah di hatimu...
Jauh sekali untuk menitiskan mutiara berharga milik Allah yang cuma layak ditujukan buat-Nya...”

Cuma satu yang ku ingin hatimu tahu...

“Hati ini sayang, rindu, cinta kamu kerana-Nya yang Satu...

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita..
Dan di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti...
Sungguh, ku menyayangimu wahai sahabat..."insyaALLAH...













\

HUKUM KANUN MELAKA

Pendahuluan :
Pembukaan Melaka :
  • Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
  • Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad ke15.
  • Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam mula tersebar .
Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :
  • Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
  • Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka.
  • Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
  • Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan, keteranagan dan Acara.
Isi :
Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka
1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.
Undang-undang Muamalah,
  • Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.
Undang-undang Keluarga
  • Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara
  • Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :
1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)
2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
  • Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
  • Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.
Pengaruh adat Temenggung :
  • Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
Kesimpulan :
Walaupun HKM diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.

SURAT CINTA UNTUK JIWA

assalamu'alaikum wbt..
-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNy..amiin Ya Rabb

surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalany, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

selawat~ 

TAFSIR AYAT AHKAM(AL-BAQARAH 221

PERKAHWINAN DEBGAN WANITA-WANITA MUSYRIK

221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

PETUNJUK YANG DIPEROLEH DARI KANDUNGAN AYAT.
v Diharamkan kawin dengan wanita musyrik yang tidak mempunyai kitab dari Allah.
v Diharamkan mengahwinkan orang-orang lelaki yang kafir (baik pemuja berhala mahupun ahli kitab) dengan wanita-wanita muslim.
v Dibolehkan kawin dengan wanita ahli kitab(yahudi atau nasrani) sepanjang tidak ada ke khwatiran akan timbulnya mudarat bagi anak-anak(hasil perkahwinan itu.)
v Perbezaan martabat diantara manusia adalah dari hasil anak yang soleh.Kerana itu wanita yang beriman lebih baik dan utama dari wanita merdeka yang musyrik.
v Orang lelaki yang musyrik akan berupaya untuk membawa wanita mukmin kepada kekafiran terhadap Allah.Kerana itu tidaklah patut baginya mengahwini seorang mukmin.